
Assalamualaikum.... Apa khabar semua? Alhamdulillah... bersyukur kerana CT diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin seharian seperti biasa. Semoga teman2 CT semua begitu juga hendaknya ye. Hari ni CT muncul dengan menu Kuih melayu. Menu ni simple je dan nak menyediakan pun tak ambil masa yang lama sangat. Tak sempat nak begerak dari depan periuk kukus ni kuih dah sedia masak. Haaa...memang betul kalau tak percaya sila cuba resipi kuih lapis kacang hijau ni.
Selalunya kalau CT buat kuih lapis hanya mengunakan tepung gandum. Tapi yang ni ada sedikit penambahan pada adunan ni, iaitu mengunakan sedikit tepung kacang hijau. Memang sedap dan kelembutannya pun jelas terasa. Resipi asal dari sebuah majalah Rasa tahun 2009. Itu yang CT tahu sebab CT ambil resipi ni dari blog AnaWahid. Dok selongkar2 blog Ana terjumpa resipi ni, terus salin tanpa menunggu lama. Terima kasih daun keladi buat AnaWahid lain kali boleh buat lagi, sebab stok tepung kacang hijau ada banyak...hehehe.
Okey jangan menunggu lama2 silalah mencuba memang berbaloi. Cuma CT mengunakan acuan kuih lompang yang kecil. Jadi nampak kecik sikitlah kejadian kuih ni. Tak apa lain kali nak cuba dalam loyang pulak. CT copypaste dari blog Ana jer, apa lagi tunggu... jom cuba try test :)
Kuih Lapis Kacang Hijau
Resipi : AnaWahid
Bahan-bahan :
150 gram Tepung Beras
100 gram Tepung Ubi
50 gram Tepung Kacang Hijau
1 liter santan pekat
150 gram Gula
50 ml Air
Secubit garam
1 helai daun Pandan
5 pewarna yang berlainan
Cara-cara :
1. Masukkan gula kedalam periuk bersama air dan daun pandan, masak sehingga gula hancur dan sejukkan.
2. Sementara itu, panaskan pengukus dan acuan/loyang. Satukan semua tepung dan ayak tepung tadi kedalam sebuah bekas.
3. Masukkan air gula, secubit garam dan santan kedalam tepung tadi dan kacau sebati dan tapis.
4. Bahagikan adunan tadi kepada 5 bahagian dan setiap 1 diwarnakan dengan warna yang berlainan.
5. Kukus setiap lapisan diantara 2-3 minit, dan ulang kesemuanya sehingga habis.
6. Lapisan terakhir kukus selama 10 hingga 15 minit. Sejukkan dan barulah boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan. Siap!
* Kalau gunakan acuan comel2 macam CT, kurangkan masa kukusannya *

