Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Kek Lapis Cheese Persona

$
0
0



Assalamualaikum... Bertemu kembali dihari ini, diharap semua pengunjung Dapur CT sihat2 semua hendaknya. Syukur alhamdulillah.. Terus kita pada resipi CT hari ini. Aduhai... gerangan siapa pencipta kek yang sangat sedap ni. Tak lain tak bukan jejaka muda nun jauh di Miri Sarawak sana iaitu Ryo Azhar adik kepada Hasue. CT suka melihat trend semasa anak2 muda sekarang yang gemar dan kreatif dalam bidang masakan. Berbalik pada resipi Kek Lapis Cheese Pesona dari Ryo ni, CT buat semalam pagi. Jadi sengaja simpan dalam petiais tu lama sikit. Melebihi dari 6 jam, tak merosakkan kek tu pun... hehehe. Kalau ada pun mesti ada yang dah potong kek tu curi2 jer tanpa CT tahu... hahaha.

Seingat CT lah, selepas raya yang lepas CT ada pose kat FB nak cari kek lapis cheese yang tak dibakar dan disejukkan dalam petiais. Kalau ada yang masih ingat mesti dia pun tahu yang CT memang mencari resipi macam ni. Sebab ada makan kek ni kat rumah kawan masa raya tu, memang sedap berulang2 dok makan kek tu. Rasa2nya tuan rumah tu mesti perasan kan... hahaha. Okey dah panjang lebar dah ni, lari tajuk segala. Resipi ni dah ramai yang telah mencubanya. Rata2 mengatakan sedap, senang dan mudah nak menyediakan nya. Memang betul senang saje nak buat kek ni, peluh tak sempat keluar pun kek dah siap. Minta maaflah ya tak dapat nak letak link semua teman2 yang dah buat kek ni . Terima kasih banyak2 buat Ryo yang sudi berkongsikan resipi Kek Lapis Cheese Pesona ni. Memang terpesona tambah2 lagi bila masuk dalam mulut, nyamannn... Mintak izin ya Ryo, kak CT letakkan resipi ini dalam Dapur CT juga, senang untuk rujukan dimasa2 akan datang. I dah follow... ada sesiapa lagi yang belum followw..... Jomlah..



Oh ye, lupa pulak. Kamera klasik ke-2 yang digunakan sebagai props kat dalam gambar menu ni ialah Olympus OM10.


Kek Lapis Cheese Persona
resipi : Ryo@Ryoazhar

Bahan : A (Loyang saiz 9x9 - CT guna 8x8)
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 gm - ryo guna jenama LEE. (CT juga guna jemana LEE perasa coklat).
500 ml susu segar, dipanaskan

Bahan : B
500 gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Cara-cara :
1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
3. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
4. Panaskan susu segar, padamkan api.
5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
6. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
7. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas2 kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
8. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 219