
Assalamualaikum... Salam pagi Isnin dan salam manis buat pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah, bertemu kembali untuk hari pertama di minggu pertama bulan Oktober 2012. Bulan Oktober ni ada 2 hari ISTIMEWA buat CT dan suami tersayang. Tapi tak payahlah CT beritahu awal-awal, kena tunggu bila tiba harinya nanti baru CT beritahu hehehe.

Hari ini CT ingin kongsikan resepi hasil ubah suai CT semalam. Seperti biasa, CT selalu bereksplorasi dengan resepi baking yang CT tertarik untuk mencubanya. Sesekali mencuba benda baru memang menyeronokkan. Apa lagi bila masakan atau menu baru yang kita cuba dan buat tu menjadi dengan eloknya. Tapi kalau kita mencuba kali pertama dan tak menjadi, janganlah jadikan alasan untuk tidak mencuba lagi sebab biasalah bukan semua resipi baru tu kita cuba pertama kali akan jadi dengan baik. Ada juga yang tak jadi seperti yang kita harapkan, jadi kenalah berusaha lagi dan jangan cepat putus asa.

Resepi yang CT maksudkan adalah resipi ini yang CT adaptasikan dari Sonia, blog Nasi Lemak Lover. Resipi asalnya adalah Marble Chocolate Cupcake. Untuk yang CT buat ni, CT namakannya Chocolate Button And Peanut Butter Cake. Sebabnya CT dah paipkan coklat dan peanut butter ditengah-tengah kek tu. CT juga tidak menggunakan serbuk koko seperti resepi asal dan jumlah tepung dan gula juga telah CT ubah suai kandungannya. Untuk tepungnya, CT gunakan tepung naik sendiri. Jika tidak mempunyai tepung naik sendiri, boleh juga digantikan dengan tepung gandum bersama baking powder.

Oleh kerana kek yang CT buat ni CT tak marblekan seperti Sonia, CT tambahkan sedikit pewarna oren dalam adunannya untuk memberikan sedikit seri. Tentang rupa penampilan ni boleh buat ikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Kalau nak buat ikut bulat-bulat resipi asal boleh, nak buat cara masing-masing pun boleh. Janji kita pandai sesuaikan rasanya mengikut selera insan-insan dirumah masing-masing ya. Untuk acuannya pula, CT gunakan acuan silicon jadi mudah untuk dikeluarkan bila dah sejuk.

Adunan resepi dibawah ni, CT dapat dalam 12 biji kek, bergantung pada kecik dan besarnya acuan yang kita guna. Jadi jika ada yang ingin mencuba, bolehlah rujuk resipi dibawah tu ye. Jika ada yang teringin nak buat cara Sonia boleh lihat di SINI. Terima kasih pada penyumbang resipi asal. Semoga resipi yang dikongsikan ini memberikan manfaat untuk kita semua. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa.....

Chocolate Button And Peanut Butter Cake
Resipi Olahan : Che CT
Bahan-bahan :
150g mentega - lembut
130 gm gula kaster
3 biji telur B
210 gm tepung naik sendiri
5 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna oren
Coklat masakan - secukupnya
Mentega kacang - secukupnya
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada 180'C, sediakan acuan berbentuk donat dan gris dengan mentega. ketepikan. Atau guna acuan silicone jika ada.
2. Pukul mentega, gula kaster, telur, susu segar, esen vanila, pewarna oren dan tepung sehingga licin dan sebati. Pukul dengan mixer lebih kurang dalam 3-4 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan adunan ke acuan sehingga penuh dan bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga masak.
4. Keluarkan dari oven dan biar diatas rak dawai dan sejuk sepenuhnya.
6. coklat masakan dicairkan cara double boil dan kacau hingga mencair, sejukkan sebentar. Masukkan dalam piping beg dan paip ke dalam lubang setiap kek berbentuk donat.
7. Atau boleh dipaipkan dengan mentega kacang juga, mengikut citarasa masing-masing.2. Pukul mentega, gula kaster, telur, susu segar, esen vanila, pewarna oren dan tepung sehingga licin dan sebati. Pukul dengan mixer lebih kurang dalam 3-4 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya dan paipkan adunan ke acuan sehingga penuh dan bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga masak.
4. Keluarkan dari oven dan biar diatas rak dawai dan sejuk sepenuhnya.
6. coklat masakan dicairkan cara double boil dan kacau hingga mencair, sejukkan sebentar. Masukkan dalam piping beg dan paip ke dalam lubang setiap kek berbentuk donat.








