
Assalamualaikum... Selamat pagi Jumaat yang ceria, semoga keceriaan ini akan kekal berpanjangan di hari-hari mendatang. Tak nak cerita panjang2 lah ya, rasa macam kesian pulak kalau CT dok taip panjang2 kang sampai kering mata dok baca celoteh CT ni. Last2 semuanya scroll jer short-cut terus sampai ke bawah... hahaha. Bergurau jer dipagi hari apa salahnya kan, Kena selalu bersenda supaya hilang rasa jemu dan bosan ye tak. Tapi CT pulak kalau berblogwalk suka membaca dengan teliti setiap yang ditulis sebab nak tahu apa cerita yang nak disampaikan.
Kali ini CT nak kongsikan satu resepi yang CT cuba dari Sweet 4ever dari MyR. Sebenarnya ini kek yang kedua CT buat. Yang pertama tu CT buat perasa coklat, tapi yang ni ada sedikit perasa strawberry. Entah kenapa suka betul dengan kaler pink ni, nampak lembut dan manis jer kat mata CT... hehehe. Mula2 tu ingat nak deko sikit lah kek ni, tapi bila belek2 rasanya tak payahlah. Biar plain gitu senang sikit nak cepat habis. Kek span ni memang mudah nak disediakan jadi mungkin akan ada ulang tayang lagilah nampaknya. Terima kasih pada tuan punya resipi. CT copy dari MyR dan kurangkan sukatan gula tu juga. Jom kita lihat resipi dibawah ya.
Kek Span Strawberry
Resipi asal : Sweet 4ever MyR
Di olah: Che CT
Bahan-bahan : ( 1 biji kek )
150 gm tepong super fine
120 gm gula kastor
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna pink
Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.



"Barangsiapa memaafkan dalam keadaan mampu membalas, maka Allah akan memaafkannya pada hari yang sangat sulit." (Tabrani).