
Assalamualaikum buat semua. Apa agaknya hidangan untuk insan2 tersayang dirumah hari ini ya. CT pula mencuba untuk kali kedua buat kek chiffon, tapi kali ni Marble Chiffon Cake dari Rima yang CT cuba resepinya dari blog Hana. Kejadian kek marble chiffon ni agak turun sedikit sebab CT agak terlambat masa nak terbalikkan loyang chiffon tu. Sebab masa nak keluarkan dari oven tu, lengan CT ada tersentuh sedikit besi kat oven tu... apalagi melenting lah sekejap sebab panas (careless...) Lepas tu cepat2 balikkan loyang chiffon tu, jadinya ada mendak sedikit pada kek ni. Dan suhu oven tu mungkin terpanas sedikit jadi ada rekahan diatas kek tu. Tak apalah lain kali kenalah berhati2 semasa angkat loyang keluar dari oven tu kan, jadi tak adalah kejadian yang tak diingin terjadi. Alhamdulillah... setiap kejadian itu datangnya dari Allah... kita manusia ni harus peka dan jangan leka kan.

Untuk kek chiffon ni CT letak sedikit perisa pandan dan sedikit pewarna hijau. Dan telur tu CT guna 5 biji telur gred A. Dan sukatan gula CT letak 90 gm saje (kes stok gula terhabis pulak... hehehe) yang lainnya masih pada sukatan yang sama. Terima kasih untuk Rima dan Hana yang sudi sama2 berkongsikan resipi kek chiffon yang lembut dan sedap ni. Insya'Allah lain kali nak buat lagi... lagi... dan lagi lah jawab nya... hehehe. Seperti biasalah ya CT akan copy dari blog salah seorang penyumbang resipi ni. Jadinya CT ambil dari blog Hana. Terima kasih banyak2... manalah Cikgu Hana ni ya, sepi dan sunyi jer blog dia tu. Semoga Hana dan keluarga sentiasa sihat2 selalu... Aminnn.
Jom kita lihat resipi kek chiffon marble ni ya... ada yang nak mencuba silakan. Daaa.....

Marble Chiffon Cake
source : rima@biousatoi
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan : A
7 biji telur putih (CT guna 5 biji telur A)
1/2 tsp cream of tartar
100 gm gula (CT guna 90 gm)
Bahan-bahan : B
7 biji kuning telur (CT guna 5 biji telur A)
100 gm gula (CT guna 90 gm)
175 gm tepung gandum
1/2 tsp baking powder
75 ml minyak masak
150 ml susu segar
1/2 tsp garam
1 tsp serbuk koko
1 tsb coklat emulco
1 tsb pandan pes (yang ini CT tambah)
1/4 tsp green colouring (yang ini CT tambah)
Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu 170.
2. Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh).
4. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
7. Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
8. Potong dan hidangkan.