
Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis dari CT untuk semua. Sebagai memulakan hari pertama untuk minggu ini marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan kita baik ditempat kerja mahu pun dirumah... Insya'Allah. Alhamdulillah, hari ni CT dapat berkongsi kek kegemaran CT sekeluarga lagi. Sebenarnya ini resipi olahan dari kek lapis strawberry dari E-na. Tapi yang ini telah CT tambah dan olah mengikut loyang dirumah yang besar sedikit dari yang disarankan. CT tambah sukatan dan letak filling blueberry didalam dan layerkan creamcheese diatasnya. Ini pun sebab balance creamcheese tu dah tinggal sikit. Tinggal 3-4 hari akan tamat tempoh lebih baik CT buat sesuatu dari disumbat dalam cik tong, jangan membazir amalan syaitan tu. Kalau dapat diselamatkan taklah masuk dalam perut cik tong ye tak.. hehehe

Untuk adunan ni kalau teman2 punya loyang yang agak kecil bolehlah buat 2 loyang ya. Sebab kalau ikut loyang CT memang sedamg2 je ketebalannya sebab CT guna loyang besar saiz 10" x 14". Kalau nak tebal boleh juga masukkan dalam loyang segi empat sama 7". Rasanya sedang eloklah ketebalannya. Dan kek ni juga CT buat dua adunan, satu buat kaler oren dan satu kaler coklat yang tak berapa coklat tu... hehehe. Saje jer duk main2 dengan tepung kat dapur tu dari tak tahu nak buat apa kan. Kalau duk diam je kang mengantuk lah pulak. Yelah, nak layan FB dan Blog, laptop dua2 dah kena konker dgn anak-anak, maklumlah cuti sekolahkan. Jadi mama dia ni terpaksalah mengalah dan mengatur masa untuk duduk update blog dan layan FB. Tu yang kadang2 pagi lepas My laling CM gi kerja terus duduk dulu sementara anak2 masih diulit mimpi... hehehe. Okey2... jangan buang masa sebab masa itu emas, jadi kita terus pada resipi lah ya. Walaupun resepi ni hampir sama dengan dua resepi yang lepas tapi bak kata seorang teman..."Resepi semuanya sama, hanya beza tangan yang menbuatnya dan beza pada hasilnya..". Sampai jumpa nanti dengan menu yang lain pula ya. Daaa....

Kek Lapis Filling Blueberry
Resipi : Che CT
Bahan-bahan A :
100 gm butter dicairkan
90 gm gula kastor (kalau rasa manis boleh kurangkan)
100 gm tepung kek
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil Pewarna oren
1 sudu kecil pewarna coklat (CT buat dua adunan dan satu diletak pewarna coklat).
1/2 sudu kecil coklat emulco.Bahan B :
Jem Blueberry secukupnya (CT campur sedikit air dan masak atas api kecil sebentar).
CT guna loyang 10" x 14" (Boleh juga guna loyang 8" x 11" ya) .Cara-cara :
1. Pukul gula, telur dan ovalette dengan kelajuan maksimum selama 3 minit sehingga adunan kembang dan berkrim. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang diayak bersama kedalam adunan telur tadi dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 4 minit.
2. Masukkan pewarna gaul rata dan masukkan butter cair kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
3. Panaskan oven dengan suhu 180 C4. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
5. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 25 minit (bergantung pada oven masing2 atau cucuk dengan lidi sate keluar besih kek dah masak).
7. Sejukkan atas redai dan sapukan jem blueberry. Potong kecil dan hias ikut kreativiti anda. Selamat mencuba.


"Ya Allah kurniakan kepada kami iman yang berkekalan, rezeki yang berterusan dan kemuliaan memasuki syurga dengan Rasulullah"... A-minnn