Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Super Fudgy Brownies

$
0
0


Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat teman-teman Che CT semua. Hari ni dah hari Jumaat. Esok dah cuti, yahoo! Seronoknya hehehe. Bila cuti, dapatlah juga bercuti dari update resipi. Bukan orang yang bekerja aje nak rehat ya tak. Jadi dapatlah CT bermalas-malas dan bermanja-manja dengan insan-insan tersayang yang bercuti juga.. hehehe. Tapi ada jugalah curi-curi singgah blog teman-teman sempat tinggalkan komen kat blog sambil tengok resipi mana yang berkenan untuk dibuat 'modal idea' bila dah naik 'kerja' semula nanti. Selain tu dapatlah juga baca email dan balas msg di inbox FB juga. CT amat hargai teman-teman yang tak lokek berkongsi ilmu masakan ni. Berkongsi ilmu adalah satu amalan yang mulia, jadi janganlah setakat berkata tapi tak nampak hasilnya. Untuk resipi yang CT kongsikan bersama pagi ini iaitu Super Fudgy Brownies, CT ambil hasil dari perkongsian ilmu seorang wanita minah saleh yang tak asing lagi dalam dunia masakan. CT dah dua kali mencuba resipi dari beliau, cupcake dan kali ni brownies, kedua-duanya memang tak menghampakan.

Berbalik pada resipi hari ni, CT ambil dari Blog Martha Stewart dan CT translatekan resepi beliau kepada bahasa melayu. agak-agak kalau ada tersilap tu maaflah ya... hehehe. Agak lama juga CT tak buat brownies ni. Macam tiba-tiba je termengidam pulak nak makan, tu yang CT dok buat ni... hehehe. Memang sedap rasanya yang tidak kering, rasa garing diluar tapi lembut didalam... Emmm... CT sukakan rasanya. kalau makan sepotong mesti nak makan lagi sepotong. Seperti kata Martha "It's just like you eat the real chocolate. Chewy and gooey in your mouth". Kalau sesiapa yang pernah mencuba boleh berkongsi sama rasanya okey. Sekarang kalau kita buat brownies amat mudah dah boleh diubah-ubah menjadi bermacam-macam rasa dengan penambahan bahan-bahan seperti keju, strawberry, blueberry, kekacang, kopi, dan lain-lain didalamnya. Juga cara pembuatannya yang sekarang tidak hanya dibakar dalam oven, tetapi juga boleh dikukus, semuanya sangat mudah. betulkan?



Buat brownies ini juga amat mudah sebab tak perlu mengunakan mixer untuk memukulnya. Cukup dengan mengunakan whisk saja. Untuk adunan ni CT ada buat penambahan sedikit dengan meletakkan choc chip didalamnya untuk menarik minat anak-anak makan. Sebab anak-anak CT macam dah kurang gemar makan kek yang bercoklat sekarang ni. Harap-harap lepas merasa Super Fudgy Brownies ni anak-anak akan gemar balik makan kek yang berasaskan dari coklat. Kalau tak suka juga Mama dia kena habiskan sorang... hehehe. Tapi... Alhamdulillah, semuanya suka dan telah keluar kata-kata jujur dari anak-anak "sedap sangat-sangat kek ni Mama..." Ada yang nak join CT makan Brownies ni tak..? hehehe.

Okey... Jika ada yang tercari-cari resipi Brownies yang lembut dan sedap penuh dengan rasa coklat, boleh mencuba resipi ni. Resipi asal guna sukatan cawan tu ya. Selamat mencuba :) Daaa....


Super Fudgy Brownies
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT


Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :
1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)






Viewing all articles
Browse latest Browse all 219