Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Kuih Getas

$
0
0



Assalamualaikum buat semua teman-teman CT yang tersayang. Rasanya macam sekejap je dah sampai ke hujung minggu ek. Esok dah cuti, lepas tu esoknya lagi pulak dah Hari Raya Haji. Oleh kerana cuti, jadi macam biasalah Dapur CT pun akan bercuti dari bersiaran juga seperti lazimnya hehe. CT kalau boleh nak terus je bersiaran tujuh hari seminggu tapi pejabat buruh tak kasi, sebab kena ikut undang-undang baru katanya (pinjam ayat P.Ramlee dari cerita Ali Baba Bujang Lapok).



Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang, terlebih dahulu CT nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua yang mengenali CT tak kira jauh dan dekat dan tak lupa juga buat semua follower CT yang tersayang. Kalau ada yang balik beraya ke kampung tu, hati-hati memandu ye. Dan sempena hari nak cuti, CT up kan resepi kuih tradisi yang senang bangat nak membuatnya. Bak kata suami CT, gaul2 tepung campak dalam minyak panas dah jadi kuih hahahaha. So, oleh kerana senang harap2 adalah yang nak follow ye. Jom kita follow resepinya. Oh ye.. kamera klasik my laling yang ke-3 yang CT interframekan dalam resepi CT kali ini ialah Rollei B35.


Kuih Getas
Resepi Che CT

Bahan-bahan:

250 gm tepung pulut
150 gm kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam

Bahan untuk sira:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul sebati. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Kepalkan bulat2 adunan dan dileperkan sedikit (saiz, ketebalan dan bentuk boleh dibuat ikut suka). Buat sampai habis.
3. Goreng hingga kekuningan, kemudian ketepikan.
4. Untuk membuat sira, didihkan air dalam kuali kemudian masukkan gula dan gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.
5. Setelah sira pekat, kecilkan api dan masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Gaul kuih sehingga sira rata keseluruh permukaan kuih. Bila gula mula mengeras matikan api. Sedia utk dihidangkan.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 219