
Assalamualaikum... Cakk!! selamat hari raya! Alhamdulillah... bersua kembali dengan hari yang cukup ceria. CT tak nak cakap panjang lebar sebab ada kerja yang perlu CT buat. Jadi tanpa banyak bicara CT nak sharekan satu resipi yang CT suka dan sedap ni, dah siap letak Facebook Like tuuuuu hehe. Kiranya ini kek gulung kali kedua yang CT buat selepas Kek Gulung Kasih resipi dari Dayang dulu. Tapi yang ni bukan gulung kasih, tapi kek gulung kasih sayang... hehehe. Sebenarnya ini resipi yang CT ambil dari blog E-na Lovely Kitchen. Kek sempena hari raya haji lah kiranya ni. Untuk lebih memudahkan melihat bentuk dalam kek ni, bolehlah tengok kat blog E-na ya. CT tukarkan sedikit nama kek tu dan tukar buttercream dalam kek gulung ni. Dan lebihan buttercream tu CT sapu diluar kek dan taburkan cheddar cheese dah siappp! Tapi kalau dapat parut cheese tu yang halus lagi cantik kot... :D

Terlebih dahulu nak ucap Terima Kasih pada E-na dan Kak CT mintak izin ambil resipi dalam diam dan terus jer buat tanpa meminta izin terlebih dulu... hehehe. Jadi dengan ikhlasnya Kak CT mintak halalkan resipi ni untuk dipanjangkan dalam senarai Dapur CT pula. Kalau ada yang ingin mencuba juga silakan :D
Cheese Peach Swiss Roll
Sumber Asal : E-na
Resepi di olah : Che CT
Bahan A :
3 biji putih telur (CT guna telur A)
30 gram gula halus / castor
1 sudu kecil tepung jagung
Bahan B:
3 biji kuning telur
30 gram gula halus / castor
60 ml air
40 ml minyak sayur / masak
80 gram tepung gandum di ayak
Sedikit pewarna kuning telur
3/4 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
1. Buat adunan untuk bahan-bahan A. Pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan kuning telur tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit.
2. Masukkan gula dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga gebu dan kental. Bila di terbalikkan mangkuk adunan, ia tidak tumpah. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk lain masukkan kuning telur, gula dan pukul sehingga putih menggunakan mixer tadi tanpa perlu di basuh.
4. Kemudian masukkan air, minyak dan esen vanila dan kacau sebati menggunakan senduk kayu / spatula.
5. Masukkan perwarna kuning dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Alas loyang dengan cooking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga kek masak.
8. Keluarkan dan terbalikkan kek. Biarkan sekejap sebelum menggulung.
Buttercream :
Resipi : Che CT
125gm butter
1/4 cawan gula aising
Yellow peach dalam tin
Cheddar Cheese - diparut - CT guna jenama Kraft
Cara-cara:
1. Pukul semuanya sehingga berkerim dan putih.
2. Sapu pada kek dan susun buah peach
3. gulung kemas2 dan balut dengan cling wrap. Simpan dalam petisejuk selama 30 minit sebelum dipotong.
4. Sapu lebihan buttercream diluarnya dan taburkan parutan cheddar cheese ke seluruh permukaan kek yang dah disalut dengan cream tadi.
P/S - Kamera klasik my laling yang ke-4 yang di interframekan bersama resepi kali ini ialah Halina 35X.

