Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Chocolate cake & Happy B'day Haqim

$
0
0

This was for my son's 9th Birthday. He wished for a very simple cake with colorful M&Ms so Mama think of something and tadaa.. here's the result. Anyway, hoped that he enjoyed it and love from Mama forever muahhh!


Assalamualaikum... salam rindu dan salam keceriaan buat semua teman-teman. Rinduuuuuu sangat-sangat untuk bersiaran di laman blog ini. Alhamdulillah, syukur sebab diberi kekuatan untuk update blog pada hari ini. Kalau masih juga gagal untuk di update hari ini, ada kemungkinan yang CT akan buat keputusan untuk bercuti selamanya nanti hehehe. Maklumlah dah seminggu lebih Che CT bercuti-cuti bermalas-malasan sakan. Nak mulakan balik tulah yang malas sangat rasanya hehehe. CT harap penyakit 'M' ni tak berulang kerap kerap sangatlah hendaknya. Dan lain kali kalau nak berehat pun tak boleh berehat lama-lama sangat supaya momentum nak bermula semula tu masih teguh.


Seperti yang CT ucapkan mula-mula di atas tu, sebenarnya kek ni CT buat untuk anak bongsu CT, Haqim, sempena ulangtahun hari lahirnya pada 4hb Dec yang lepas, menginjakkan usia anak manjaku ini genap 9 tahun. Biasanya Haqim ni banyak sangat permintaannya. Tapi kali ini dia cakap awal-awal tak nak susah-susahkan mama katanya. Dia cuma minta dibuatkan kek coklat yang lembut dan deco yang simple aje. CT pun buatkan lah kek coklat biasa aje seperti permintaannya dengan deco yang simple. Malahan topping coklat atas tu pun Haqim sendiri yang menaburnya hehehe.


Topping coklat tu, CT gunakan coklat M&M yang bersaiz kecil supaya nampak lebih padat warna-warninya dan nampak lebih ceria walaupun simple. Ye lah, si pemintanya nak yang simple, jadi CT buat yang simple ajelahkan hehehe. Resipi ini CT cuba dari buku "Barefoot Contessa at home" dari - Ina Garten. Siapa tidak mengenali Ina Garten dalam rancangan masakan AFC kan. Cuma CT ubah buttercream tu daripada resipi asalnya chocolate buttercream kepada blue buttercream. Sesuailah warna biru untuk Haqim tu kan. Asal jangan Pink sudah hehehe


Okeylah CT berhenti di sini dulu. Kepada yang berminat untuk mencuba resepi kek coklat ini silalah semak resepinya dibawah tu ye. Bukan saja sesuai untuk majlis tapi kalau nak buat untuk dihidangkan pada tetamu yang dirancang pun boleh juga. Sampai jumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa..


Chocolate cake

Bahan-bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kaster
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder
1 cawan buttermilk
1/2 cawan minyak sayuran/jagung
2 biji telur gred A
1 sudu teh vanila ekstrak
1 cawan segar kopi panas (nescafe)

1 cawan gula-gula coklat untuk hiasan

Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar ayak bersama tepung, gula kaster, serbuk koko, baking soda dan baking powder. Ketepikan
2. Dalam mangkuk besar masukkan buttermilk, minyak jagung, telur dan vanila. Pukul bahan-bahan menggunakan Mixer pada kelajuan rendah supaya bahan-bahannya jadi sebati sahaja.
3. Tambah bahan-bahan kering dan kacau sebentar lagi. Perlahan-lahan tuangkan kopi panas dan kacau rata.
4. Gris loyang 23 cm dengan butter dan lapik dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180° C selama kira-kira 35 - 40 minit sehingga masak. Cucuk dengan lidi sate, jika lidi keluar bersih tandanya kek dah masak. 
5. Sejukkan kek di atas redai kemudian hiaskan dengan buttercream dan toppingnya.


Buttercream :
250 gm mentega - lembutkan
3 cawan gula aising - ayak
2 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:  Putar mentega hingga lembut, kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan putar lagi. Masukkan esen vanila dan putar lagi sehingga berkrim dan licin.


Note: The cake recipe comes from the book "Barefoot Contessa at home" the author - Ina Garten.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 219