Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Kuih Lompang

$
0
0



Assalamualaikum.... salam mesra dan salam penuh kerinduan serta keceriaan buat teman2 Dapur CT. Lama juga CT menyepi ya. Mula-mula kata nak cuti 3 hari je, tapi tup-tup jadi 2 minggu pulak hehehe. Sebenarnya ada juga CT jeling2 di FB dan Blog sekali sekala, tapi jarang-jarang sangat, dan yang tak terdaya sekali nak buat ialah ... UPDATE BLOG... hehehe. Tapi sesekali ada juga singgah blog teman2 tinggal komen dan salin resipi...hehehe. Sambil jeling2 tu tengok apa menu istimewa yang boleh diambil untuk dihidang buat insan tersayang. Sebab utama CT bercuti dari update blog bukanlah disengajakan, tapi memberi ruang kepada IBU mertua yang bertandang ke rumah sempena cuti sekolah ni. Rasanya macam berat hati jika CT duduk didepan laptop ni dan membiarkan IBU mertua ku sendirian... tetamu mestilah sentiasa diutamakan apatah lagi kalau tetamu itu orang yang paling dekat betul tak...?


Okeylah, cukup dah CT menerangkan panjang lebar tentang sebab CT bercuti dari update blog selama 2 minggu, kita balik terus kepada resepi hari ni iaitu kuih lompang ni ye. Ni kali ketiga CT publish kot hehehe. Dan CT guna resipi yang sama seperti sebelum ni iaitu dari MyResipi. Hari pertama selepas bercuti dari update selama 2 minggu, aduhai malasnya. CT letakkan sekali lagi resepinya jika ada yang ingin mencuba :D



Kuih Lompang
Resipi : MyResipi

Bahan-bahan: ( 40 biji )
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sudu teh Air Mawar (CT tak letak)
4 cawan Air (2 cawan air campur dengan tepung / 2 cawan air masak dengan gula)
Daun Pandan - disimpul

Cara-cara:
1. Satukan Tepung Beras dan Tepung Sagu - diayak
2. Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
3. Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
4. Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
5. Masukkan sedikit Air Mawar (CT tak letak) Gaul rata. Asingkan kepada 2 - 3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
6. Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan yang disapu sedikit minyak di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5 minit.
7. Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
8. Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..





P/S - Kamera Klasik ke-10 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Yashica Minister III.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 219