Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Nasi Lemak Aroma Pandan

$
0
0



Assalamualaikum... salam pagi yang ceria. Kalau tak ceria macam mana nak naik seri dimuka tu, jadi kenalah ceria dan senyum2 selalu ya. Kot2 kalau tak boleh senyum gak, pi tengok gambar Che CT yang pegang sudip tu gerenti mesti senyum punya... hehehe.

Hidangan hari ini Nasi Lemak Aroma Pandan. CT nak kongsikan bersama teman2 semua. Walaupun resipi ni simple tapi semua mesti suka makan. Tak kisahlah pada waktu bila dan dimana jua pasti suka. Zaman dulu2 selalu dibungkus dalam daun pisang wangi jer aroma nasi ni. Sekarang pun ada juga. Cuma sekarang ni Nasi lemak dah dimeriahkan hidangannya. Ada sambal sotong, sambal paru, sambal udang, sambal ikan masin, rendang daging atau ayam, serunding dan macam-macam lagilah. Tak macam dulu cukup dengan hanya sambal ikan bilis atau sambal telur rebus hehehe. CT pulak pertama kali makan nasi lemak berlauk banyak ni masa CT duk kat Puchong dulu bilamana CT sering ke Pasar Tani Shah Alam. Ada satu gerai makcik tu memang sedap gilos nasi lemak dia. Ambik banyak mana pun harga dia tak lebih dari RM5. Selalunya CT akan ambil paru sambal, sambal sotong kembang, kerang sambal dan rendang daging. Perghhh... lepas makan payah betul nak bangun... hehehe. Sebab tu sebelum makan mesti beli dulu barang2 yang lain, baru makan. Kalau tidak lepas makan duduk lah kat situ sampai hilang senak perut... hahaha.



Okey2..kita balik pada resipi Nasi Lemak Aroma Pandan ni ya. Ni kali kedua CT buat, yang pertama tu masa CT bawak bekal utk dimakan masa perjalanan semasa bercuti ke Melaka ketika awal cuti sekolah kemarin. Masak lima setengah pot beras habis bersih kenyang sampai malam, sedap dan enak makan anak beranak... Alhamdulillah. Tapi hari ini CT buat lagi sebab teringin nak makan. Alah resipi dia senang jer semua dah expert masak nasi lemak kan. Tapi CT sajelah tepek kat sini kot2 bila anak2 CT besar nanti boleh cuba2 resipi dari blog Mama dia ni... hihihi.


Nasi Lemak Aroma Pandan
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
1 cawan santan pekat dari santan kotak #
3 cawan air #
10 helai daun pandan + 1 cawan air ##
Sedikit pewarna hijau # (disatukan dalam mangkuk dan kacau sebentar. ketepikan)
1 sudu kecil halba - ditumbuk sedikit
2 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - hiris nipis
2 cm halia - hiris nipis
2 helai daun pandan - simpul
secubit garam
(bahan bertanda # #- di blender halus dan di tapis)

Bahan Sampingan :
Hirisan timun
Ikan bilis goreng
Telur rebus
Telur dadar yang digulung dan hiris nipis

Cara-cara :
1. Beras dibersihkan dan tos airnya. Masukkan halba, bawang merah, halia, serai, garam dan daun pandan ke dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan santan yang telah dicampur sedikit pewarna hijau dalam rice cooker gaul sebentar. Terus masak nasi seperti biasa. (sukatan santan tu ikut beras masing2lah ya. Lain beras lain sukatannya)
3. Lagi berapa minit nasi nak tanak, buat 3 lubang dan titikkan sedikit saje pewarna hijau dalam lubang tadi. Dan tutup balik periuk nasi tanak hingga masak.
4. Bila nasi dah masak, baru digemburkan nasi lemak tadi rata2. Senang dan mudah kan.
5. Hidangkan nasi lemak aroma pandan ni bersama lauk kegemaran yang disukai. Selamat mencuba :)






Viewing all articles
Browse latest Browse all 219