Quantcast
Channel: :: Dari Dapur CT ::
Viewing all articles
Browse latest Browse all 219

Puding Tembikai

$
0
0



Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria semuanya. Semakin hari semakin laju pulak nak update kat blog Dapur CT ni. Maklum lah tengah rajin ni kan, jadi masa ni lah nak masak2 bagai. Kalau dah datang mood malas tu satu keja tak jadi. Untuk menu seterusnya CT cubalah buat puding tembikai yang sikit hari dulu mendapat sambutan hangat dari semua blog-blog masakan. CT ni dok tenung renung tak kelip2 mata... hehehe. Maklum lah tengah pikir2 gak nak buat ni kang jadi ker tidak erk..? Nanti buat tak ada siapa nak makan, sayang pulak. Tiba2 dengar satu suara macam berbisik jer kat tepi telinga ni haa... " Ayanggg... nanti buat puding tembikai sedap... " Emm... rupa2nya My laling CM yang request suruh buat puding tembikai ni... hehehe. Alah macam orang mengidam jer nak makan macam2, tak sampai hati pulak kan. Terus esoknya CT ajak My laling CM ke Econsave beli apa2 yang patut. Dan dengan gigihnya buat puding tembikai ni dibantu oleh My laling CM juga. Sesekali duduk bersama didapur tolong CT memasak ni memang seronok kan. Tahulah macamana ayang dia ni kat dapur hari2 kan... hehehe.



Resepi yang CT buat ni My laling CM mintak dibancuh sedikit dengan isi buah tembikai. Katanya barulah betul2 rasa buah tembikai, betul juga kan. Dan berlainan cara sedikit dari ramai yang dah buat, My Laling sarankan untuk buat lapisan hijau tu berlapis dibawah dan juga bahagian atasnya jadi bila dipotong kedua-dua bahagian atas dan bawahnya boleh dipakai. Malah masa nak potong tu My Laling yang potong sebab CT tak berapa paham cara nak potongnya, lepas My Laling buat barulah CT paham. Untuk rujukan cara potongnya boleh klik kat SINI. Memang sedap cuma kejadian puding ni adalah comel sikit sebab CT terguna loyang 4 segi ukuran 6" jadi isi merahnya kurang tebal jadinya. Tapi tak kisahlah yang pasti puding ni memang betul2 sedap. Agak2nya ada siaran ulangan tak nanti erk... hehehe.



Resipi ni ramai yang dah buat, tapi CT ambil dari blog Nieza Finland dan CT olah semula mengikut cara yang CT buat. Mohon share ya Nieza untuk Kak CT kongsikan pula dalam Dapur CT untuk panduan teman2 lain yang ingin mencubanya nanti. Jika ada yang berminat, selamat mencuba ye. Daaa....


Puding Tembikai
Sumber : Kak Long Lyn & Nieza
Resepi olahan : Che CT

Bahan-Bahan :
1 paket agar2 serbuk (CT guna agar2 10 gm)
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan hitam
100 gm isi tembikai + 1 sudu besar air (diblend halus)
Sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-Cara:
1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus.
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) dan bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan dan tunggu hingga adunan jadi agak keras sedikit.
5. Kemudian tuangkan sedikit adunan yang berwarna asal (juga dibahagikan kepada 2 bahagian) ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan hingga agak keras sedikit juga.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah dan dicampur sekali dengan tembikai yg diblend, kacau rata. Curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal tadi). Semasa menuang adunan, selang-selikan dengan taburan bijan hitam sebagai pelengkap biji tembikai. Biarkan lagi hingga agak keras sedikit.
7. Kemudian tuangkan bahagian kedua adunan berwarna asal dan setelah keras sedikit tuangkan adunan akhir yang berwarna hijau.
8. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nota:
1. Semasa menunggu untuk menuang dari satu lapisan ke lapisan yg lain, adunan yang menunggu untuk dituang hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak mengeras.
2. Loyang acuan sebaik-baiknya di letak dalam dulang yang berisi air sejuk (CT tambahkan ais juga didalamnya) untuk mempercepatkan proses adunan di dalam loyang mengeras.






Viewing all articles
Browse latest Browse all 219