
Assalamualaikum.... Salam mesra buat pengunjung setia Dapur CT. Rasa macam sekejap sangat jer masa ni berlalu. Rasa macam 2-3 ari lepas jer sekolah tutup, tuptup dah pertengahan bulan 12 dah. Lagi dua minggu je lagi dah nak sampai awal tahun 2012. Cepatnya, dan semakin cepatlah juga peningkatan usia kita ye. Semoga dengan bertambahnya usia bertambah jugalah amalan baik kita didunia ni. dan jangan lah kita lalai dalam membuat sesuatu pekerjaan sampai kita lupa kepadaNYA. Semoga segala amalan yang kita lakukan tercatit di 'bahu kanan' ye... Insya'Allah.
Alhamdulillah... CT nak ucapkan berbanyak terima kasih pada seorang adik ni. Kalau dulu CT tak mengenali beliau pun. Memang lah mula2 yang singgah ke Dapur CT ni langsung CT tak kenal. Tapi lama2 kemesraan tu akan nampak walaupun tak pernah bersua muka. Hanya dialam maya sahaja. Siapa dia yang CT maksudkan... RAHEL masak apa? yang duduk di Sabah. Mesti ada yang sudah mengenali beliau. CT suka melihat masakan dari Rahel walaupun kekadang tu bahan2 yang nak dimasak tak mencukupi dirumah CT cuba juga mengikut. Dan untuk hari ini CT cuba buat satu lagi resipi dalam blog Rahel. Alhamdulillah... menjadi dengan lembut dan sedap kek ni. Sebelum tu ada buat juga, tapi CT tak publish kat Dapur CT sebab buat 1/2 adunan dalam acuan kecil cukup2 untuk sarapan di waktu pagi, sapan habis...hehehe. Tapi kali ni buat lagi kek dari Rahel ni. Tadaaa.... Blended Banana Cake. CT tambahkan serbuk koko sikit dalam resipi ni. Terima kasih Rahel untuk resipi kek yang lembut ni. Cuma CT tak letak pun sos coklat macam Rahel tu sebab CT ikutkan selera tekak CT.
Terima kasih sekali lagi ya Rahel sebab berkongsi resipi kek ni. K.CT mohon share dalam Dapur CT untuk rujukan teman2 yang lain juga untuk K.CT juga. Jika ada yang terlebih atau terkurang mintak halal. Jika ada yang nak mencuba, silakan ya. Daaa....

Blended Banana Cake
Resipi Asal : Rahel
Olahan : Che CT
Bahan-bahan :
4 biji pisang berangan dipotong kecil2
180 gm minyak jagung/ minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek
Cara cara :
1. Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.
2. Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
3. Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
4. Tuang adunan kedalam loyang yang diglis dan alas kertas minyak. Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
