
Assalamualaikum... Salam manis semanis madu buat semua pengunjung setia Dari Dapur CT. Alhamdulillah hari ini CT dapat bersua kembali menemui teman-teman dengan menu kuih kaswi yang sedap yang resipi asalnya dari Ciku Hafi MyResipi tetapi CT ambil resepinya dari blog Puan Izah Muffin Lover. CT olah resepi kuih ni menjadi dua lapisan dengan perisa berlainan dan jadilah resepi ni menjadi Kuih Kaswi Pandan berlapis Gula merah. Resepi asalnya kuih kaswi pandan saja. Biasalah CT ni suka mencuba sesuatu yang baru, dan membuat pengubahan sedikit dari segi rasa dan rupanya.

Kuih Kaswi ni antara kuih kegemaran CT sekeluarga yang CT suka ulang buat banyak-banyak kali. Mestilah CT nak buat menu yang anak-anak dan suami CT suka betul tak. Sebab merekalah pelangan tetap CT dirumah... hehehe. Kalau bukan suami dan anak-anak, siapa lagi yang akan habiskan hasil masakan kita ya tak... hehehe. Dan untuk sebab itu jugalah kalau dilihat dalam senarai Dapur CT pasti ternampak beberapa resepi kuih-muih yang seperti di ulang buat, tapi selalunya untuk resepi yang di ulang buat, CT akan ubah sana dan ubah sini sedikit resepinya untuk memberi kelainan. CT harap, jangan jemulah ye hehe.

Kuih kaswi pandan ini dah ramai jugalah yang mencubanya. Tapi untuk resepi yang CT buat ni, CT ubahnya menjadi kaswi pandan berlapis gula merah. Kalau ada yang ingin mencuba versi yang CT buat ni, silakan lah ye. CT gunakan gula merah yang warnanya agak gelap kehitaman sikit yang CT beli masa CT balik JB dulu. Gula merah yang dijual kat KL ni warnanya cerah keperangan dan kurang manis berbanding yang CT gunakan tu. Dan kalau rasa sukatan gula merah yang CT guna tu macam banyak sangat, bolehlah dikurangkan mengikut selera masing-masing.

Okeylah, kita terus pada resipi dibawah ni ya. CT letakkan resepi untuk kedua-dua adunan yang berbeza tu. Kalau ada yang ingin buat versi pandan aja pun boleh, nak buat dua adunan yang berlapis pun boleh, ikut selera masing-masing ye. Sampai jumpa nanti, salam manis dari CT. Daaa....
Kaswi Pandan Berlapis Gula Merah
Resipi : Ciku Hafi MyResipiDi Olah : Che CT
Adunan Pandan :
1 cawan tepung gandum1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
2 cawan air
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
Adunan Gula Merah :
1 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan gula merah #
1/3 cawan gula pasir #
2 cawan air # - # masak hingga gula larut dan tapis. Sejukkan sebentar.
1 susu kecil air kapur
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit untuk memudahkan kuih dikeluarkan nanti. Panaskan loyang sebentar dalam 5 minit.
2. Satukan semua adunan pandan dalam mangkuk kacau rata dengan whisk atau boleh juga diblend hingga halus kemudian tapis. Buat adunan gula merah juga seperti adunan pandan dan ketepikan dahulu.
3. Tuang adunan pandan dalam loyang 7 inci dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Bila adunan dah masak, cakar sedikit dengan garfu atasnya dan tuang adunan gula merah perlahan-lahan diatas adunan pandan tadi.
4. Balut penutup kukusan dengan kain bersih agar air tidak menitik atas kuih nanti. Dan Kukus lagi selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit buka tutup kukusan dan biarkan adunan dalam 2 minit lagi. Matikan api, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dengan mengunakan pisau plastik.
5. Kukus sebentar kelapa parut dan gaulkan bersama garam sehingga rata. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama kuih kaswi tadi. Selamat mencuba :)

